Ahmad Azam Bin abdullah Chik SIB180001

Pada 26 April hingga 28 April 2018, Program Sparking Curiosity ini telah dijalankan di SK Kampong Endah, Banting. 19 pelajar tahun pertama Sarjana Muda Sains (Sains Bahan) telah bekerjasama dan berganding bahu dalam menjayakan program ini bagi meluluskan diri dalam subjek Jalinan Masyarakat dan seramai 51 orang murid tahun lima terlibat dalam program ini. Program Sparking Curiosity ialah program yang telah dibincangkan selama beberapa bulan dan berjaya direalisasikan oleh Dr Azzuliani Binti Supangat, pensyarah Jalinan Masyarakat bagi mahasiswa-mahasiswa Ijazah Sarjana Sains Bahan. Projek ini tidak mungkin akan berjaya sekiranya setiap ahli jawatan kuasa tidak memainkan peranan mereka. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dan memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Program ini bertujuan untuk menyemai rasa ingin tahu dan cinta terhadap dunia sains yang sentiasa berkembang ...