REFLECTIVE REPORT : NUR ANISA NABILA BINTI ABD HALIM
Sparking Curiosity Sparking Fun
Nur Anisa Nabila Binti Abd Halim
Pada 26 April hingga 28 April 2018, Program Sparking Curiosity ini telah dijalankan di SK Kampong Endah, Banting. 19 pelajar tahun pertama Sarjana Muda Sains (Sains Bahan) telah berkejasama dan berganding bahu dalam menjayakan program ini bagi meluluskan diri dalam subjek Jalinan Masyarakat. Pada awalnya, pelajar-pelajar Tahun 5 ini telah dibahagikan kepada 10 kumpulan di bawah jagaan fasilitator masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari program ini berlangsung diamana matlamat utama program kami adalah untuk mendedahkan dan membangkit sifat ingin dan minat dalam subjek mata pelajaran sains dengan menggunakan cara pembelajaran abad ke 21.
Namun, terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan sepanjang program ini dijalankan. Masalah utama yang kami hadapi adalah dari segi kewangan. Kami memerlukan dana agar program ini dapat dijayakan dengan sempurna. Pelbagai cara telah dijalankan bagi menyelesaikan masalah ini dan saya juga telah membantu ajk dana dan tajaan dalam pencarian dari segi tajaan namun hampa. Aktiviti 'carwash' yang kami telah lakukan sedikit sebanyak membantu dalam menjayakan program ini. Kami amat berterima kasih kepada semua yang telah membantu kami dalam menjayakan aktiviti ini. Kekuatan yang saya dapat analisi dari program ini adalah semangat kekitaan dalam masyarakat berbilang kaum. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa salah faham berlaku atas batas bahasa, namun kami telah membantu satu sama lain sepanjang program ini dijalankan.
Pada awalnya, saya berasa amat susah hati dan risau bagaimana kami akan mengendalikan program ini dari kosong. Kurang pengetahuan dan pengalaman dalam menjayakan sesebuah program juga adalah salah satu punca saya berasa agak terbeban dengan subjek Jalinan Masyarakat ini. Terdapat beberapa permasalahan dan salah faham berlaku antara kami semasa penyediaan dan perbincangan sebelum program ini dilangsungkan. Namun, segalanya berubah semasa program ini dijalankan malah kami semua menjadi lebih rapat dengan satu sama lain. Saya berasa telah menajdi lebih rapat semasa dan selepas program ini dijalankan. Program ini telah membuka minda saya tentang peluang telah diberikan agar tidak disia siakan serta kehidupan pelajar yang amat berbeza dari apa yang telah saya hadapi. Saya amat berterima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya dimana ia meluaskan minda dan pandangan saya tentang kepelbagaian dalam hidup ini.

Comments
Post a Comment