Muhammad Syafiq Bin Mohd Asngari [SIB180009]:
Muhammad Syafiq Bin Mohd Asngari [SIB180009]
Sebagai mahasiswa sains yang masih dahagakan ilmu pengetahuan, saya merasakan aktiviti ini sebagai satu tanggungjawab yang besar. Sparking Curiosity, program yang telah dibincangkan selama beberapa bulan dan akhirnya berjaya direalisasikan adalah buah fikiran Dr. Azzuliani binti Supangat, pensyarah Jalinan Masyarakat bagi mahasiswa-mahasiswa Ijazah Sarjana Sains Bahan. Projek ini tidak mungkin akan berjaya sekiranya setiap ahli jawatan kuasa tidak memainkan peranan mereka. Oleh itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya kerana memberikan usaha yang terbaik untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Program ini bertujuan untuk menyemai rasa ingin tahu dan cinta terhadap dunia sains yang sentiasa berkembang mengikut peredaran masa. SK Kampong Endah, sekolah yang menjadi lokasi bagi program ini adalah satu sekolah yang terletak di Banting, Selangor. Sekolah ini agak jauh dari Universiti Malaya, kira-kira 88 km dan perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam menaiki van yang berjaya diperolehi AJK Logistik (LC dan Naim) dan AJK Tajaan (Yani, Yasmin dan Azam). Satu pengalaman yang baru untuk melihat suasana yang begitu berbeza berbanding di Kuala Lumpur.
Seramai 19 pelajar Sains Bahan dan 51 pelajar Darjah 5 SK Kampong Endah terlibat secara langung dalam program ini. Sejujurnya, mengawal pergerakan pelajar sepanjang tiga hari di sana adalah satu cabaran yang perlu diambil berat oleh semua peserta. Bagi saya, mereka tidaklah sukar untuk dikawal mahupun mereka terlalu nakal dan degil untuk mendengar kata-kata fasilitator, mereka hanyalah kanak-kanak yang mempunyai banyak tenaga dan rakan-rakan yang mahu bermain bersama.
Walaupun eksperimen yang kami laksanakan adalah daripada buku teks Sains Darjah Lima, namun menyampaikan teori dan penjelasan kepada pelajar-pelajar di sana menggunakan bahasa yang mudah adalah satu cabaran bagi saya. Kemungkinan besar fasilitator yang lain tidak mengalami masalah ini, namun bagi saya perkara ini adalah kesilapan yang berlaku akibat persiapan yang tidak rapi sebelum sesi eksperimen.
Selaku AJK Teknikal bagi program ini, tugasan-tugasan yang diberikan adalah serba sedikit mencabar namun dengan bantuan rakan-rakan, segala tugasan dapat diselesaikan dengan mudah. Pengalaman yang saya peroleh sangat berharga bagi saya. Saya berharap agar program ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Comments
Post a Comment