Angeli lorna anak Belly (SIB180002)


Refleksi Jalinan Masyarakat : Sparking Curiosity by Angeli lorna anak Belly (SIB180002)


Hi this is me. The prettiest akak fasi there hehe


Hi semua pembaca! Hari ini saya akan kongsikan pengalaman, memori dan semua pengajaran yang telah saya perolehi dari projek jalinan masyarakat kami yang berlansung pada 26 April hingga 28 April 2018.

 Projek kami ini diberi nama 'Sparking Curiosity'. Seperti namanya, projek kami mengetengahkan eksperimen sains yang terdapat dalam silibus tahun 5 dan bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan sains serta aplikasinya dalam kehidupan seharian. Projek yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini banyak memberi manfaat kepada pelajar tahun 5 SK Kampong Endah dan juga kepada diri aya sendiri kerana ini adalah kali pertama saya menyertai projek yang memberi fokus kepada kanak-kanak sekolah rendah.

Ahli kumpulan saya. Saya dan anisa menjaga adik-adik kumpulan 8 selama 3 hari

Terima kasih ye adik Hajar untuk hadiah ni. Akak wish you all the best for your future sayang!

cuteeeeeeeeeeee

Persediaan kami untuk menjayakan projek ini bermula sebulan sebelum lagi. Setelah pemilihan ahli jawatankuasa dilaksanakan, kesemua kami mula menjalankan  tugas yang diberikan. Untuk dana pula, kami sedar subsidi dari pihak Fakulti Sains tidak mencukupi. Oleh itu, kami bersama-sama mengumpul dana tambahan dengan mencuci kereta di Fakulti Pengajian Islam selama dua hari dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari. Penat lelah kami terbayar apabila kami berjaya mengumpul sebanyak RM400 dari kerja amal tersebut. Dengan berbekalkan dana sebanyak RM1350, kami mula membeli barang-barang keperluan untuk projek ini seperti cenderamata dan bahan eksperimen.

Adik-adik tahun 6 nak join sekali katanyaaaaa

Hari yang kami tunggu-tunggu telah pun tiba. Berbekalkan semangat yang tinggi dan persediaan yang cukup, kami memulakan perjalanan kami ke Kampong Endah dengan menaiki van yang di sewa. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Setelah sampai, kami berpecah kepada kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan dan ditunjukkan ke tempat penginapan masing-masing. Rakan-rakan lelaki tidur si sekolah manakala kami menumpang di rumah Cikgu Syamila.


penghantar cekodok pisang anda

terima kasih cikgu syamila sebab sediakan cekodok paling sedap untuk kami setiap pagi



Aktiviti wajib selama 3 hari kami bersama murid-murid darjah 5 SK Kampong Endah dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh 3 orang yang berbeza setiap hari. Selepas itu ajk dari biro program akan memulakan kelas tutorial sebelum eksperimen dijalankan. Pada sebelah petang, murid-murid akan belajar tarian lagu 'Generasiku' untuk majlis penutupan pada hari terakhir nanti. Selain itu, terdapat juga aktiviti selingan dari kami seperti sesi ice breaking pada hari pertama agar kumpulan dapat dibahagikan dan juga bertujuan sebagai sesi kenal-kenalan bagi fasi dan juga ahli kumpulan masing-masing. Tayangan filem 'Coco' juga diadakan pada hari kedua. Filem 'Coco' dipilih kerana ia menyampaikan mesej kekeluargaan dan juga impian. Pihak cenderamata juga telah menyediakan hadiah bagi kumpulan yang menang untuk sesi permainan dan kuiz untuk menyuntik lagi semangat murid-murid tersebut. Rehat petang pula diisi dengan permainan menyeronokkan seperti ibu ayam dan musang.

cantiknya gadis berbaju chelsea itu hehe

sedap tak terkata mangga muda ciku syamila ni. sampai sekarang masih merinduinya


comelnyaaaa kucing ni pagi lagi dah bangun. rajinnnnnn

Pejam celik pejam celik, tanpa kami sedari 3 hari telah pun berlalu. Majlis penutupan telah selesai, hadiah dan sijil juga telah diberikan. Tiada perkataan yang dapat menggambar perasaan saya pada masa itu. Hari-hari yang sukar di mana kami bertungkus-lumus menyiapkan semua persiapan, hari di mana kami tidak cukup tidur dan bersengkang mata, hari di mana kami buntu memikirkan kekurangan dana, tapi akhirnya semua usaha kami akhirnya mendatangkan hasil. Apa yang kami rancang berjaya dan kesemua aktiviti berjalan lancar. Saya berasa terharu dan bangga sekali dengan pencapaian kami.

alololo comel sangat korang ni akak rasa nak gigit je


kami bermain ibu ayam dan musang bersama mereka

Apa yang boleh saya simpulkan di sini, projek jalinan masyarakat ini banyak mengajar saya erti kerjasama dan erti kesabaran. Saya juga sedar, setiap halangan yang kami hadapi dapat ditempuhi dengan usaha dan kerjasama yang tidak putus. Kami dapat merasa penat lelah guru-guru di sekolah yang mengajar kami pada suatu ketika dulu dan apabila kami dapat kembali dan mengajar murid-murid selama tiga hari tersebut, kami merasa bangga apabila mereka menyatakan mereka mahu masuk ke universiti dan ingin mengikuti jejak langkah kami. Akhir sekali saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini d termasuklah Dr. Azzu yang banyak membantu dari hari pertama lagi. Terima kasih semuanya!


hari pertama. kami masih fresh lagi hehehe

majlis penutupan berjalan dengan lancar yeayyyy

selamat tinggal adik-adik. akak pergi dulu ya. jaga diri semuanyaaa















Comments

Popular posts from this blog

Gisela Cesiora Millenova (SIB180702)

Yasmin Sabrina binti Izwan Shahrizan (SIB 180022)

SURAYA ANNISSA BINTI ROSLAN SIB180015