REFLEKSI JALINAN MASYARAKAT (SIB180004 ELDRIN ADY WASTIN)

Jalinan masyarakat 2019
Eldrin Ady Wastin

Pada 26 April hingga 28 April 2018, Program Sparking Curiosity ini telah dijalankan di SK Kampong Endah, Banting. 19 pelajar tahun pertama Sarjana Muda Sains (Sains Bahan) telah berkejasama dan berganding bahu dalam menjayakan program ini bagi meluluskan diri dalam subjek Jalinan Masyarakat.

Secara peribadi saya sangat gembira kerana subjek ini wujud. Hal ini kerana aktiviti yang dijalankan dalam subjek ini bukan sahaja seronok malahan memberi lebih banyak pengalaman dan pengetahuan kepada diri saya. pengalaman menguruskan sesuatu aktiviti secara rasmi dan berinterkasi dengan masyarakat luar selain masyarakat d universiti adlah salah satu "input" yang sangat berguna kepada diri kami pada masa hadapan.

Pada hari pertama kami memulakn aktiviti dengan ice breaking di mana kami membahagikan pelajar kepada 10 kumpulan. setiap kumpulan akan diseliah oleh 2 orang facilitator. pada sebelah petang aktiviti diteruskan dengan eksperimen yang pertama.

Setiap pagi kami mulakan dengan senam robik yang diketuai oleh facilitator yang bertugas. manakala pada sebelah petang kami akan menjalankan eksperimen dan latihan persembahan bagi peserta untuk maljis penutup.


Selain aktiviti yang berasakan akademik dan sukan ,kami juga menjalankan aktiviti yang lebih santai agar peserta dapat rehat sambil dpat mempelajari moral dalam aktiviti itu iaitu menonton filem 'coco'. filem ini sangat sesuai bagi kanak kanak kerana mengajar tentang pentingnya nilai kekeluargaan.

Akhir sekali pada hari terakhir kami menjalan kan eksperimen yang terakhir di mana peserta sendiri yang akan menjalankan eksperimen itu .facilitator hanya memantau dan mengajar bagaimana melakukan eksperimen terakhir. pada sebelah petang majlis penutup dijalankan dengan lancarnya. Akhir sekali program ini dapat berjalan dengan lancarnya.




Comments

Popular posts from this blog

Gisela Cesiora Millenova (SIB180702)

Yasmin Sabrina binti Izwan Shahrizan (SIB 180022)

SURAYA ANNISSA BINTI ROSLAN SIB180015