Yasmin Sabrina binti Izwan Shahrizan (SIB 180022)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera:)

         Pada 26 - 27 April 2019, seramai 19 ahli Material Science telah menjayakan program Sparking Curiosity di SK Kampung Endah, Banting, Selangor. seramai 51 orang peserta darjah 5 dari sekolah rendah tersebut telah menyertai program ini. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada keseronokan mempelajari Sains. Kami membuat beberapa eksperimen menarik bersama pelajar tersebut selama 3 hari kami berada disana.

            Pada 26 April, kami telah memulakan program kami dengan sesi ice breaking. setiap kumpulan diberi surat khabar dan pita pelekat untuk membuat jambatan yang terpanjang dan terkukuh. Melalui aktiviti ini saya dapat melihat kerjasama pelajar untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang diberi dan mengikuti arahan yang diberikan. Kumpulan yang saya kendali bersama Lim Xue Yi iaitu kumpulan 10 telah memenangi aktiviti ini.
Di sebelah petang, kami membuat 3 eksperimen dan setiap "checkpoint" terdapat satu eksperimen dan 3 fasilitator yang akan mengendalikan eksperimen tersebut. 3 kumpulan telah dibahagikan untuk setiap "checkpoint". saya dapati terdapat beberpa pelajar yang sukar untuk dikendalikan kerana mereka sangat aktif tapi saya berjaya mengawal keadaan tersebut kerana pelajar tersebut mendengar kata dan buat apa yang kami suruh.

Eksperimen cahaya

           Pada 27 April, pukul 8 pagi saya, Haryani dan Angeli telah mengetuai senaman pagi. Dengan melibatkan diri dalam senaman pagi ini saya dapati kami lebih bertanggungjawab dalam menyediakan setiap pergerakan untuk senaman pagi ini. Di sebelah petang aktiviti diteruskan dengan 3 lagi eksperimen seperti pada hari pertama tetapi melibatkan eksperimen lain pula. bagi mengisi masa lapang sebelum aktiviti seterusnya, para pelajar bermain satu permainan bernama "bomb" dan kumpulan 10 serta kumpulan 9 telah kalah, kami didenda untuk membuat lompat katak. Pelajar semua merasakan denda ini mudah sebab mereka sudah biasa melakukan lompat katak ini. 

kumpulan 9 dan 10 membuat lompat katak

pada pukul 5 petang saya, Haryani, Suraya, Xue Yi dan  Angeli telah mengetuai tarian lagu tema untuk diajarkan kepada pelajar utuk persembahan mereka pada hari penutupan. semua pelajar dapat mengikuti setiap pergerakan yang diajar dengan mudah.


           Pada hari terakhir 28 April, saya berasa sedih kerana sudah tiba ke hari pengakhiran, para pelajar SK Kampung Endah sangat baik dan periang. Terdapat 2 pelajar iaitu Adriana dan Hajar yang telah memberikan hadiah kepada kami. saya berasa sangat terharu kerana rasa dihargai :'). keseluruhan saya sangat menyukai suasana di Kampung Endah, semua penduduk sangat peramah dan cikgu Shamila juga sangat baik kerana telah memberi kami tinggal di homestay beliau. suasana di kampung endah sangat berbeza dengan Kuala Lumpur. setiap pagi cikgu Shamila sediakan sarapan untuk kami :'). kami tak pernah rasa lapar sepanjang 3 hari disana kerana ibu pelajar juga memberi kami makanan. terima kasih juga kepada Dr Azzu kerana telah memberi sumbangan makanan kepada kami sepanjang 3 hari berada disana dan telah membantu kami menjayakan program ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gisela Cesiora Millenova (SIB180702)

SURAYA ANNISSA BINTI ROSLAN SIB180015