Refleksi diri Ridhwan Bin Razali (SIB180013)

10 Mei 2019

Ridhwan Bin Razali (SIB180013)

     Pada 5 April 2019 dan 7 April 2019 ,  kami pelajar sains bahan mengadakan "car wash" untuk mengumpul dana untuk projek Sparking Curiosity.Melalui dua hari ini kami berjaya mengumpul rm400 untuk menampung belanjawan untuk projek tersebut.Kami juga dapat mengumpul pengalaman baharu daripada mengadakan  carwash ini dan berjaya mengeratkan lagi hubungan antara kami.


       Pada 25 April 2019 ,kami mula bergerak ke Sekolah Kebangsaan Kampung Endah pada pukul 9 malam dan akhirnya tiba di destinasi pada  pukul 10.30 malam.Setelah tiba,kami dijemput oleh Dr Azzuliani dan Cikgu sekolah SKKE.Setelah itu kami berehat untuk menyediakan diri untuk hari seterusnya.

        Pada Hari pertama iaitu 26 April 2019,kami memulakan hari dengan bacaan yaasin.Setelah pelajar-pelajar darjah 5 berkumpul didewan, setelah sahaja senaman pagi,setiap fesi mengenalkan diri masing-masing melakukan ice breaking dan permainan.Saya juga menjadi salah satu fesi untuk kumpulan 2.Namun,saya tidak dapat meluangkan masa yang banyak bersama kumpulan saya disebabkan oleh kerja-kerja teknikal yang perlu dilakukan semasa projek dilangsungkan.Bagi saya pengalaman yang tidak dapat dilupakan pada hari pertama ini ialah apabila kami cuba untuk berjalan kaki menuju ke pantai morib.Disebabkan penat dan hari yang semakin gelap kami berpatah balik ke SKKE.Pada malam itu kami amat berterima kasih kerana mendapat peluang untuk ke pantai morib dengan menaiki kereta cikgu SKKE.

        Pada hari kedua kami memulakan hari dengan senaman pagi dan minum pagi.Kami juga telah menyediakan tayangan filem "Coco" kerana nilai-nilai murni yang dapat dikumpul daripada filem ini.
Saya amat berterima kasih juga pada pihak sekolah yang telah menyediakan Sound system dan projector untuk program ini.

        Pada hari terakhir,kami memulakan hari dengan senaman pagi oleh kumpulan saya.Kami juga memberi peluang kepada murid-murid darjah 5 untuk melakukan eksperimen "asid dan alkali" sementara dipantau oleh fesi-fesi.Akhir sekali,kami mengadakan majlis penutupan program dan sesi bergambar bersama fesi,guru dan murid-murid darjah 5.

        Kesimpulannya,saya amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk bersama-sama menglansungkan program ini dengan jayanya walaupun mempunyai beberapa kesilapan yang dilakukan kerana kurangnya pengalaman kami untuk mengendalikan program.Saya dan rakan-rakan amatlah berterima kasih kepada Dr Azzuliani dan guru-guru SKKE kerana telah banyak membantu kami sepanjang program ini.


Comments

Popular posts from this blog

Gisela Cesiora Millenova (SIB180702)

Yasmin Sabrina binti Izwan Shahrizan (SIB 180022)

SURAYA ANNISSA BINTI ROSLAN SIB180015