Refleksi diri Siow Jia Sheng SIB180014


Refleksi diri Sparking Curiosity

 Siow Jia Sheng SIB180014

Dalam fasa perancangan , saya berasa bangga kerana dipilih sebagai bendahari dalam projek .Saya berasa gembira kerana tugas tersebut sangat penting dan disokong oleh ajk lain. Tugas ini memerlukan sifat tanggungjawab yang tinggi untuk mengendali kewangan. Semasa fasa perancangan, kita menghadapi kekurangan kewangan dalam projek ini kerana projek ini jauh dengan universiti dan memerlukan kos pengangkutan yang tinggi. Kebangyakan kewangan digunakan dalam perjalanan ke tempat projek. Untuk menyelesaikan masalah  tersebut, kita harus berjimat cermat menggunakan tajaan. Selain pengangkutan, kewangan juga akan digunakan dalam cenderamata dan peralatan untuk eksperimen. Bahagian yang sukar ialah menentukan barang yang murah dan bernilai. Saya berasa tekanan untuk mengawal kegunaan wang supaya tidak terlebih. Dalam tugasan tersebut, saya belajar cara membuat akaun. Selain itu, setiap orang juga diberi tugasan untuk menjadi fesi kumpulan dan  menggendali stesen sendiri dalam eksperimen.

Sepanjang projek tersebut, saya harus menumpukan perhatian semasa menjaga peserta sekolah rendah walaupun letih. Kita harus berlatih dan membincangkan aktiviti hari kedua semasa malam. Semasa malam juga banyak nyamuk yang menganggu tidur. Saya sentiasa berfikir untuk menjayakan dan melancarkan setiap program. Saya belajar kerjasama dengan rakan dalam projek tersebut semasa aktiviti berjalan supaya program berjalan dengan lancar. Dalam berinteraksi dengan peserta dan aktiviti eksperimen, saya tidak dapat bertutur dengan lancar kerana bahasa saya tidak bagus. Saya berasa bertuah kerana dengan bantuan rakan, keadaan dapat dikawal. Saya juga berasa sedih kerana tidak dapat membantu peserta memahami dan menjawab soalan dengan jelan dan penuh keyakinan. Selain itu, sebagai bendahari saya harus sentiasa menjaga kewangan agar tidak hilang. Dalam projek tersebut, saya belajar cara berkomunikasi dengan budak sekolah rendah dan bertanggungjawab mengajar mereka dengan baik.

Selepas Projek tamat, saya berasa bersyukur kerana peserta sekolah rendah gembira dan dapat pembelajaran dalam 3 hari tersebut. Walaupun letih , saya menghargai pengalaman sepanjang projek tersebut. Selepas balik, saya perlu menyediakan laporan kewangan. Laporan tersebut haruslah dibuat dengan teliti dan memastikan keadilan setiap orang. Dalam projek tersebut, saya mempelajari bahawa kita harus membuat perancangan dengan teliti terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti. Sebagai contoh, membuat perancangan aktiviti sepanjang hari dan menyediakan anggaran kewangan sebelum membeli peralatan. Dengan bantuan rakan, saya berasa bertuah kerana dapat mengawal kewangan dengan mencari tajaan dan bantuan orang baik hati. Selepas projek ini , saya lebih teliti menggunakan wang dan membuat perancangan sebelum membuat sesuatu. Melalui jalinan masyarakat ini, saya akan terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan pada masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

Gisela Cesiora Millenova (SIB180702)

Yasmin Sabrina binti Izwan Shahrizan (SIB 180022)

SURAYA ANNISSA BINTI ROSLAN SIB180015