Pengalaman yang menyeronokkan di SK Kampung Endah :)

Nur Haryani Binti Kamal

Pada 26-29 April yang lalu saya telah ke SK Kampung Endah untuk melakukan aktiviti jalinan masyarakat. Program telah bermula dengan pendaftaran para peserta seramai 51 orang. Saya berasa sangat teruja untuk bertemu dengan mereka semua. Kemudian kami melakukan aktiviti senamrobik. Semua peserta melakukan dengan penuh semangat. Seterusnya kami duduk dalam kumpulan masing-masing untuk sesi "ice breaking" dan perkenalan. Pada sebelah petang kami telah melakukan pelbagai eksperimen yang menarik dengan para peserta. Antara eksperimen yang telah dijalankan ialah light travel in straight line, pembiasan cahaya dan pengembangan. Sebelum pulang kami telah menyanyi dan menari lagu tema iaitu Generasiku.

Pada hari kedua,kami telah melakukan aktiviti menonton tayangan filem kartun yang mempunyai banyak pengajaran. Para peserta sangat teruja ketika menonton filem tersebut. Kemudian aktiviti diteruskan dengan eksperimen yang menarik dan berakhir dengan sesi menari dan menyanyi lagu tema.

Hari terakhir adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana saya sudah penat melayan peserta hahahaha. Joke joke. Pada sebelah pagi ada eksperimen terakhir yang dikendalikan oleh peserta sendiri. Mereka kelihatan teruja kerana eksperimen itu merupakan eksperimen pertama mereka dan eksperimen itu dijalankan oleh mereka dengan jayanya. Kemudian aktiviti rehearsel untuk majlis penutup telah dijalankan untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Seterusnya, majlis penutup telah dijalankan pada sebelah petang. Kumpulan yang berjaya membuat tutorial terbaik telah mendapat hadiah berupa hamper.

Sepanjang berada di sana saya sangat gembira dan teruja untuk mengenali para peserta dengan lebih mendalam. Saya juga dapat belajar cara mengendalikan program yang melibatkan sekolah dan murid darjah 5. Seterusnya saya dapat belajar cara untuk mengendalikan majlis berprotokol. Pengalaman ini mematangkan saya ;)



Senamrobik pada hari kedua :)
Bermain permainan musang yang sangat menyeronokkan bersama peserta 

Comments

Popular posts from this blog

Gisela Cesiora Millenova (SIB180702)

Yasmin Sabrina binti Izwan Shahrizan (SIB 180022)

SURAYA ANNISSA BINTI ROSLAN SIB180015