Pengalaman yang mendewasakan kita semua😇
May 09, 2019
By:Muhammad Naim Najmi bin Azli (SIB180008)
Menurut saya, program sparkling curiosity ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman yang amat bermakna dan mendewasakan semua fasilitator yang terlibat.Ianya kerana dalam program ini kami telah diajar agar interaksi antara manusia itu amatlah penting dalam proses meyampaikan sesuatu ilmu yang bermanfaat terutamanya kepada permata negara iaitu kanak-kanak.Selain itu juga, kami juga dilatih agar sentiasa mengawal disiplin sama ada disiplin peserta murid-murid darjah lima atau fasilitator sendiri.Sedikit sebanyak saya menceritakan aturcara program ini berlangsung.
Pada hari pertama program, iaitu 26 April 2019,kami telah tiba ke Sekolah Kebangsaan Kampung Endah,Banting dan kami melakukan aktiviti yang pertama iaitu senamrobik.Selepas itu, kami melakukan "ice breaking" seterusnya eksperimen yang pertama.
Pada hari kedua, kami mengadakan tayangan video yang memaparkan banyak nilai-nilai murni yang boleh dijadikan tauladan kepada murid-murid darjah lima.Selepas itu kami melakukan eksperimen yang kedua.
Pada hari terakhir, kami telah mengadakan majlis penutupan program yang kami tidak akan lupakan program yang sebagus ini.Sesi bergambar fasilitator bersama-sama murid-murid dan guru-guru SKKE dilangsungkan sejurus sahaja majlis penutup tamat.
Ya, kami mengakui terdapat banyak kelemahan yang telah kami buat sama ada secara sedar atau tidak.Antara kelemahan yang dikesan ialah kebanyakan fasilitator tidak ada kemahiran dalam mengendalikan program yang melibatkan kanak-kanak.Selain itu, terdapat juga ada kalangan murid-murid yang agak nakal meyebabkan fasilitator menghadapi kesukaran dalam mengawal disiplin mereka.Syukur kerana dek kerana banyak guru yang membimbing kami, kami berjaya menjayakan program ini dengan lancarnya.Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Gambar:Penulis bersama dengan peserta-peserta program.
Comments
Post a Comment