REFLEKSI DIRI: NUR HIDAYAH BT HAZIZUL (SIB180012)


NUR HIDAYAH BT HAZIZUL (SIB180012)

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Azzuliani kerana telah memberi peluang kepada kami semua untuk menjayakan program Sparking Curiosity anjuran pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Bahan) sesi 2018/1019 di SK Kampong Endah.

Menurut saya, kekuatan program ini adalah apabila kami dapat bekerjasama dan dapat berkomunikasi dalam kumpulan dengan baik semasa proses penyediaan ke sekolah tersebut sehinggalah tamatnya program pada 28 April 2019. Tujuan kami ke sana adalah untuk menggalakkan dan memberi pendedahan kepada pelajar tahun 5 tentang dunia sains. Alhamdulillah, hasrat ini tercapai kerana ramai pelajar yang bersetuju bahawa sains menyeronokkan dan ada yang mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya kelak. Teori sains juga dapat disampaikan dengan baik oleh setiap kumpulan eksperimen dan persoalan pelajar kepada kami dapat dijelaskan dengan penjelasan saintifik.

Kelemahan program ini pula, ialah apabila terdapat situasi dimana fasilitator sukar mengawal pergerakan pelajar. Namun, dengan kerjasama dari fasilitator yang lain keadaan dapat dikawal semula.
Refleksi tentang diri saya setelah program diadakan ialah, saya dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan dalam diri saya disamping mengenali rakan sekelas saya. Seterusnya, saya menyedari bahawa masih terdapat lagi kawasan sekolah pedalaman yang kurang pendedahan tentang ilmu sains disebabkan faktor kedudukan mereka yang berada di luar bandar. Oleh itu, saya berharap pihak berkuasa di Malaysia dapat mempertimbangkan bagaimana cara untuk memperbaiki keadaan ini.Selain itu, saya berharap agar pihak berkuasa dapat mewujudkan kemudahan tertentu seperti peralatan sains di makmal sains untuk mereka mempunyai pengalaman dan ilmu yang mendalam tentang sains. Saya ingin memohon maaf jika tergurau lebih atau tersalah laku sepanjang program tersebut diadakan.








Menurut saya, pengalaman sepanjang mengendalikan program tersebut di Kampong Endah adalah pengalaman yang berharga buat saya dan seronok kerana dapat mengeratkan silaturahim sesame rakan sekelas melalui kerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Di samping itu, saya dapat mengenali pelajar-pelajar SK Kampong Endah yang comel-comel belaka. Andai kata, saya berpeluang untuk ke sekolah tersebut lagi, saya memang nak pergi lagi hehe. Akhir kata, terima kasih kepada rakan sekelas kerana sama-sama menjayakan program tersebut dan ribuan ucapan terima kasih kepada Cikgu Sharmila kerana dapat menyediakan kemudahan kediaman kepada kami sepanjang kami disana. Fasilitator Jei merangkap ahli biro kebajikan dan cenderamata ingin mengundur diri. Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Gisela Cesiora Millenova (SIB180702)

Yasmin Sabrina binti Izwan Shahrizan (SIB 180022)

SURAYA ANNISSA BINTI ROSLAN SIB180015