Sparking Curiosity bersama-sama di SK Kampung Endah. 😎


TEE LEONG CHUN SIB180016

Pada pendapat saya, Sparking Curiosity merupakan program yang bagus kerana memupuk minat murid-murid Tahun 5 yang masih bersekolah rendah dan juga bercabaran untuk menjalankannya kerana kami perlu berurusan dengan budak-budak yang masih kecil. Sebelum program Sparking Curiosity dianjurkan, saya dan kawan-kawan telah banyak kali bermesyuarat dan menyediakan pelbagai eksperimen yg akan ditunjuk kepada murid-murid SK Kampung Endah. Kami bukan sahaja harus menyediakan benda-benda eksperimen, malah  harus memastikan semua eksperimen dapat berjaya dibuat dengan membuatnya berulang kali. Setiap biro sibuk dengan kerja-kerja penyediaan kerana selain daripada eksperimen, banyak perkara perlu diselesaikan dalam jangka masa yang pendek.

Pada 26-29 April 2019,  program Sparking Curiosity telah berjaya dijalankan di SK Kampung Endah. Pada pagi hari pertama, 51 orang peserta Tahun 5 telah mendaftarkan diri dan dibahagikan kepada 10 kumpulan. Selepas senamrobik dilakukan, saya dan kawan-kawan duduk dalam kumpulan masing-masing untuk sesi "ice breaking" dan perkenalan.Pada sebelah petang, kami telah melakukan eksperimen dengan peserta-peserta. Mereka sangat excited kerana dapat nampak banyak fenomena sains yang menarik. Setelah satu eksperimen dihabiskan, kami telah memerangkan  konsep-konsepnya kepada para peserta. Saya berasa gembira kerana ada dalam kalangan mereka aktif bertanya soalan dan menunjukkan sifat ingin tahu tentang ilmu sains dalam eksperimen yang dibuat. Mereka nampak puas hati selepas memahami dan mengetahui sesuatu. Pada waktu itu, saya rasa  tujuan "sparking curiosity" telah dicapai. Aktiviti hari pertama ditamatkan dengan menyanyi lagu dan menari lagu "Generasiku"

Pada hari kedua, kami telah menonton tayangan filem kartun yang membawa banyak pengajaran.Para peserta sangat menumpukan perhatian dalam penontonan tersebut.Selepas makan tengah hari, kami semua bersama melakukan eskperimen-eksperimen hari kedua.

Pada hari terakhir, para peserta diberi peluang untuk membuat eksperimen tanpa bantuan abang kakak. Mereka kelihatan teruja kerana eksperimen tersebut perlu dilakukan oleh mereka sendiri.Kemudian, aktiviti rehersal majlis penutupan dijalankan pada waktu tengah hari. Majlis penutupan dimulakan tepat pada pukul 2.00pm , para peserta telah mempersembahkan "Generasiku" pada sesi akhir majlis penutupan.

Sepanjang fasa penyediaan dan penjalanan aktiviti-aktiviti 3 hari, saya telah belajar banyak walaupun letih sangat untuk mengendali murid-murid Tahun 5 yang masih belum matang pemikirannya. Saya telah belajar cara untuk mengajar dengan lebih efektif dan macam mana berkomunikasi dengan kanak-kanak. Pengalaman pembelajaran yang paling bermakna bagi saya dalam program Sparking Curiosity ini adalah saya telah mengetahui cabaran sebagai seorang pengajar.Sebagai seorang pengajar, kita sepatutnya mencungkil bakat pelajar dan memupuk minat mereka untuk belajar.Pada zaman sekarang, banyak pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah tidak berminat untuk belajar ataupun belajar paksa bukan belajar sukarela disebabkan ingin mengetahui sesuatu (curiosity), ada juga yang berasa belajar ini susah dan stress untuk mendapat A. Adakah ini pendidikan yang berjaya? Ataupun masalah timbul pada sistem pendidikan dunia sekarang? Inilah isu yang perlu kita fikirkan.

Kesimpulanya, pengalaman mengadakan program Sparking Curiosity di SK Kampung Endah ini amat berharga kepada saya dan mematangkan saya. Kenangan manis bersama kawan-kawan akan disimpan dalam hati buat selamanya.






Comments

Popular posts from this blog

Gisela Cesiora Millenova (SIB180702)

Yasmin Sabrina binti Izwan Shahrizan (SIB 180022)

SURAYA ANNISSA BINTI ROSLAN SIB180015